Lebih 200 ahli team Ungu Guan Eng yang haram ditahan Polis..


Tahniah Polis. Jangan bagi muka terhadap pihak biadap yang berani mencabar kamu.

Georgetown: Lebih 200 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ditahan sepasukan anggota polis ketika sedang menyertai perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Padang Kota, di sini, hari ini.

Mereka ditahan kira-kira jam 10.15 pagi, berdekatan bulatan di Jalan Lebuh Pantai sebelum melintasi pentas utama.

Semua anggota PPS dilihat memberi kerjasama dengan baik dan dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai untuk siasatan lanjut.

Sehingga kini, wakil media masih menunggu di hadapan Balai Polis Lebuh Pantai untuk perkembangan terbaharu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...