Wajah Ketua Pramugara MAS Yang Dikatakan Mencabul Wanita Australia Tersebar..

Pengguna laman sosial hari ini mengutuk teruk Laura Bushney, seorang wanita Australia yang mendakwa diraba oleh ketua paramugara Malaysia Airlines (MAS) ketika dalam perjalanan dari KL ke Paris pada 4 ogos lalu.

Ramai yang melahirkan keraguan berhubung pengakuan Bushney kerana dia mendakwa sempat merakam perbuatan itu melalui telefon bimbitnya.



Kita lihat pula bagaimana si 'Mangsa' serangan seksual kru MAS dikecam di media sosial

Bushney, yang berseorangan dalam penerbangan itu, dikatakan telah merakam insiden tersebut. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Wanita Australia yang mendakwa dirinya diserang secara seksual oleh seorang anak kapal MAS dikecam di media sosial susulan pendedahannya dalam sebuah rancangan temu bual Australia.

Laura Bushney, 26, sebelum ini mendakwa pramugara terbabit telah datang dan duduk di sebelahnya selepas tiga jam penerbangan menuju ke Paris.

Ekoran pendedahannya, warga media sosial mula meragui dakwaannya. Ada yang telah melawat akaun Instagram milik Bushney yang menunjukkan beberapa gambar beliau tanpa memakai baju. 

"Untuk semua orang berkata Laura Bushney tidak bersalah! Sila lihat di Instagram dia!" tulis @lfcstreamlinks.

Namun, ketika pihak Astro AWANI melawat akaun berkenaan, kesemua gambar tersebut telah pun dipadamkan. 

Sementara itu, beberapa warga media sosial dari Australia dan Malaysia tertanya-tanya kenapa Bushney tidak menghalang perlakuan pramugara itu dan seolah sengaja membiarkan ia berlaku.


i pity laura bushney for the "rape" if it did occur. but i also think it is hilariously stupid not to stand up and yell at him— Yvonne Yong (@yyvonn)August 25, 2014

Hello Miss Laura Bushney-who-looks-way-older-than-26, haven't you heard? It takes 2 to tango! u r to be blamed as well!— reena bahrin (@reenakarenina) August 24, 2014

Yes, Malaysian Airlines should have handled it better, but Laura Bushney should have handled it from the start.#sundaynight— Wendy Kay (@wendysword) August 24, 2014

Laura bushney....instincts tell you to shout slap him or push him of surely......— shino black (@Shino69Black) August 25, 2014

This Laura Bushney sure is getting a lot of flak. I wonder why?— Borneon Farmer™ (@IMPetani) August 25, 2014
Dear Laura Bushney, I don't really know if you're really abused by dat@mas steward, but your actions made you look like a cheap whore! IO— I/O (@ckliio9) August 25, 2014

Laura Bushney is a liar.#loveMAS— Iszam Shawal (@iszammajid) August 25, 2014

Tetapi, ada juga yang berpihak kepada Bushney:

I believe her. Absolutely.#sundaynight #laurabushney#neverflyingmhagain— thecardiganlibrarian (@susiepkmelb) August 25, 2014

Wow. Victim blaming. Woman says victim could have 'led' stewart to assault her. Like, what? Really?http://t.co/qimPbVfIg0— Erna Mahyuni (@ernamh)August 25, 2014

Just saw the Laura Bushney story on Sunday night and I'm disgusted at the way she is being treated for speaking out.— E-von (@thesimplechic)August 25, 2014


Bushney, yang berseorangan dalam penerbangan itu, dikatakan telah merakam insiden tersebut menggunakan telefon pintar yang disorok di bawah selimut di atas pahanya.

Pramugara terbabit, dakwa Bushney, meletakkan tangannya di bawah selimut tersebut dan seterusnya ke dalam seluarnya.

Bushney berkata dia sempat merakam perbalahan dengan pramugara berkenaan selepas kejadian itu.

Pramugara terbabit ditahan polis sejurus pesawat mendarat di Lapangan Terbang Charles de Gaulle.

Menurut sumber MAS yang dihubungi Astro AWANI, syarikat tersebut akan mengambil pendirian tidak berpihak dan tidak akan memberikan sebarang komen kerana kes terbabit masih dalam siasatan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...